Beliau adalah Almarhum Haji Mahmud bin Haji Ahmad merupakan cucu Tok Akib,pernah memegang jawatan sebagai Imam Masjid yang ke2,setelah menggantikan Bapanya sebagai Imam pertama masjid Kampung Padang iawa(Pulau Berangan).Beliau merupakan sepupu kepada Almarhum Haji Zainuddin bin Adam.
Dilahirkan pada tahun 1908 seusia dengan Almarhum Mohd Nordin bin Adam di Kampung Pulau Berangan(Padang jawa).Beliau berkahwin dengan Almarhumah Rodziah binti Musa dan mempunyai anak seramai 9 orang.
Bapanya Almarhum Haji Ahmad bin Mohd Akib, mempunyai 2 orang Isteri iaitu, Ibu Haji Mahmud, Almarhumah Aminah binti Jebah dan Almarhumah Saffiyah binti Abd.Hamid.Dalam perkongsian hidupnya mempunyai seramai 14 orang anak. Isterinya Almarhumah Aminah binti Jebah merupakan adik kepada Almarhum Adam bin jebah.
Almarhum Haji Ahmad merupakan adik kepada Almarhumah Siti Hawa binti Mohd Akib Dan beliau merupakan anak bongsu dari 6 orang adik-beradik.
Inilah Wajah Almarhum Abdol Wahab bin Abdol Ghani,Suami kepada Almarhumah Ramlah binti Haji Mahmud.
Inilah Wajah Tok Hassan bin Haji Ahmad,
yang merupakan Cucu Tok Akib.Beliau adalah adik-beradik Kepada Haji Mahmud bin Ahmad,lain ibu.ibu Beliau bernama Almarhumah syaffia binti Abdul Hamid.Gambar ini diambil semasa Majlis perkahwinan Cucu beliau pada 19 hb.jan2025 diselayang.
Saudara Razali bin Hj.Mahmud,Beliau merupakan cucu Tok Haji Ahmad.
Saudara Faidi bin Abd.Wahab,beliau merupakan anak Almarhumah Ramlah binti Hj.Mahmud,Waris Tok Haji Ahmad
Inilah gambar Haji Ahmad bin Mohd Akib.
Lahir pada tahun 1856 di Batubara sumatera Dan meninggal dunia pada 3hb.5.1956 berusia 100 tahun.Di kebumikan ditanah perkuburan Islam kampung Padang jawa kelang.




No comments:
Post a Comment