Tuesday, 24 December 2024

WARIS TOK SITI HAWA BINTI MOHD AKIB YANG DIKENALI

 


Beliau adalah Almarhum Haji.Zainuddin bin Adam,Bapanya Almarhum Adam bin Jebah dan ibunya Almarhumah Siti Hawa binti Mohd Akib.Beliau dilahirkan di kampung Pulau Berangan(Padang Jawa) pada tahun 1905. Beliau merupakan anak ke 4 dari 5 orang adik-beradik.

Adik-beradik beliau adalah:

 1. Almarhum Mohd Yusuf bin Adam dilahirkan pada tahun 1896, 

2. Almarhumah Rajudah binti Adam dilahirkan pada tahun 1899, 

3. Almarhumah Rajiah binti Adam dilahirkan pada tahun 1902.

4. Almarhum Mohd Nordin bin Adam dilahirkan pada tahun 1908.


Inilah wajah Anak Almarhum Mohd Nordin bin Adam dan Almarhumah Maimunah binti Mat Sani,iaitu Jameah binti Mohd Nordin.Beliau merupakan Cicit Tok Akib.Datuknya disebelah ibunya Maimunah binti Mat Sani merupakan Adik kepada Adam bin Jebah dan Datuk disebelah Bapanya Adam bin Jebah.Almarhumah Jameah binti Mohd Nordin telah pun kembali kerahmatullah.


Inilah wajah Almarhumah Rajudah binti Adam(Cucu Tok Akib) dan Suami Almarhum Daud,Kakak Kepada Almarhum Haji Zainuddin bin Adam

Beliau Almarhum Haji Zainuddin juga merupakan seorang pelajar bacth pertama di Maktab Perguruan sultan idris,Tanjung malim,Perak Darul Riduan sejak di tubuhkan dan pernah menjadi guru di Sekolah Sungai Binjai Meru kelang,Sekolah kampung Kuantan,Kuala Selangor dan Sekolah Kampung api-api,kuala Selangor dan juga pernah menetap di Kampung Pematang,Kuala Selangor,Selangor.

Pada 20hb.Ogos1960,beliau bersara menjadi guru dan kembali ke kampung pulau berangan(Padang jawa)Kelang.




Beliau Almarhum Haji Zainuddin, berkahwin dengan Almarhumah Hajjah Khadijah binti Hassan dan dikurniakan 10 orang anak,2 daripadanya meninggal waktu kecil.

Anak-anaknya iaitu:


Almarhumah Aminah binti Haji Zainuddin.


Almarhumah Hajjah Samsiah binti Haji Zainuddin dan Allahyarham Haji Mohd Yusuf bin Jaafar(Suami).


 Almarhum Haji Mohd Ali bin Haji   Zainuddin.


Almarhum Yakkob@Ismail bin Haji Zainuddin.


               Zahara binti Haji Zainuddin 



   Hajjah Umi Kalsom binti Haji Zainuddin 


Almarhumah Hajjah Kamariah binti Haji Zainuddin dan Almarhum Haji Zainuddin bin Mohd Johan (Suami).


               Jaafar bin Haji Zainuddin.


        Hajjah Noraini binti Haji Zainuddin
(Beliau merupakan Anak Angkat kepada Almarhum Haji Zainuddin bin Adam dan Almarhumah Hajjah Khadijah binti Hassan).

Almarhumah Hajjah Khadijah binti Hassan,lahir pada tahun 1905 di Kampung Teluk Menegon Kelang Selangor.

Beliau mempunyai adik-beradik seramai 6 orang iaitu, Almarhumah Halimah binti Hassan,kembar(meninggal dunia), Almarhumah Zauyah binti Hassan, Almarhumah Jameah binti Hassan dan Almarhum Jamaluddin bin Hassan.


Inilah Wajah Almarhumah Zauyah binti Hassan(Wan Uda),Kakak Kepada Almarhumah Hajjah Khadijah.

Bapanya Hassan bin Hawa dan ibunya Che Putih binti Haji Salleh berketurunan Bugis.

Kakak beliau Almarhumah Halimah telah berkahwin dengan Almarhum Abdul Rahman bin Bakar (TokPakar),Yang diceritakan adalah peneroka awal Kampung Pulau Berangan(Padang Jawa).Nama Kampung ini ada tercatat pada geran lama tahun 1903, kepunyaan Almarhumah Rahmah binti Mohamad Arif.(Bersambung)






Majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Anak-cucu-cicit Haji Zainuddin bin Adam dan Hajjah Khadijah binti Hassan,serta kaum Kerabatnya ini telah diadakan di lot 1414 jalan Bilal Wondo Kampung Padang Jawa, diperkarangan rumah Almarhumah Hajjah puan Kamariah binti Haji zainuddin pada 14hb.Mei2023.

Gambar kenangan Hari Raya Aidilfitri bagi tahu 2025 Keluarga, Anak-anak serta menantu dan cucu Almarhumah Hajjah Kamariah Binti Haji Zainuddin Dan Almarhum Hj.Zainuddin bin Mohd Johan.

Gambar Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri pada 27hb.Apr2025, Hari Ahad,ini adalah keluarga Puan Endon Binti Kamil bin Yusuf bin Adam,waris siti Hawa binti Mohd Akib.

Beliau adalah Saudara Khalid bin Suleiman,ibunya Esah,Waris Siti Hawa binti Mohd Akib

No comments:

Post a Comment

PULAU BERANGAN KELANG

PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini uju...