Khamis, 1 Mei 2025

PULAU BERANGAN KELANG

PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini ujud sebelum zaman perang kelang.Diceritakan oleh waris-waris dan orang kampung terdahulu,ujud nama Padang jawa atau Padang jawa estet disebabkan oleh pembukaan ladang estet getah dan peparitan oleh pihak inggeris,letaknya disempadan antara kelang dan petaling(sungai Renggam).kebanyakannya para pekerja datang dari pulau jawa.


Gambar diatas adalah geran lama PULAU BERANGAN kelang yang bertarikh 23hb.Nov1903,yang disimpan oleh keluarga Almarhum Hj Ahmad bin Hj Mohd Yassin.Geran ini atas Nama Almarhumah Rahmah binti Mohamad Arip iaitu ibu Kepada Almarhum Hj Ahmad bin Hj Mohd Yassin.

Sememangnya,cerita dari turun-temurun dari waris-waris Almarhum Tok Haji Mohd Akib bin Haji Mahmud (1812), Almarhum Tok Abdul Karim bin Haji Mahmud (1815) dan Almarhum Tok Mohd Tahir bin Haji Mahmud (1817) dan Almarhum Tok Haji Salleh@Panglima Salleh bin Masoud.Mereka ini adalah anak-anak Raja berketurunan bugis batubara,datang ke tanah melayu dengan mendapat keizinan dari Tuanku Muhammad Shah,untuk membantu tentera bugis semasa perang Selangor.
Almarhum Tok Haji Mohd Akib bin Haji Mahmud dilahirkan pada tahun 1812.ketika umurnya 17 tahun pada tahun 1829,Beliau berhijrah ke mekah selama 17 tahun.Pada tahun 1846,berumur 34 tahun, beliau kembali ke Batubara dan berkahwin dengan Almarhumah Siti Nur,dikurniakan 6 orang anak.Anak-anak beliau adalah Siti Hawa dilahirkan pada tahun 1847, Baharuddin dilahirkan pada tahun 1849, Zainuddin dilahirkan pada tahun 1851, Mohd Nordin 1853, Siti Dewi dilahirkan pada tahun 1854 dan Haji Ahmad dilahirkan pada tahun 1856.kesemuanya dilahirkan di Batubara pulau sumatera.Pada tahun 1861,ketika umurnya 49 tahun beliau berhijrah ke tanah semenanjung dan selepas perang kelang,anak-anaknya mula datang mencari bapanya iaitu Tok Haji Mohd Akib bin Haji Mahmud di kelang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PULAU BERANGAN KELANG

PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini uju...