WARIS CUCU-CICIT TOK HAJI MOHD AKIB BIN HAJI MAHMUD DAN SAUDARANYA
BATUBARA(BUGIS)
Khamis, 1 Mei 2025
PULAU BERANGAN KELANG
Rabu, 25 Disember 2024
WARIS TOK ABD.KARIM BIN HAJI MAHMUD (1815)
Ibu kepada Allahyarhamah Sa'adiah, Allahyarhamah Hanipah binti Maamor(Cucu Tok Abd.Karim).
Diceritakan kisah Allahyarham Maamor bin Abdul.Karim telah berkahwin dengan Adik kepada Allahyarham Haji Sulaiman bin Mohd Tahir(Anak Tok Mohd Tahir bin Mahmud),telah dikurniakan 9 orang anak,hanya 5orang daripada 9 adik-beradik Yang dikenali pasti iaitu:
1. Almarhumah Hanipah binti Maamor(1904)
2. Almarhum Kassim bin Maamor(1906)
3.Almarhum Yusuf bin Maamor(1908)
4. Almarhum Yassin bin Maamor(1910)
5. Almarhumah Saerah binti Maamor(1912)

Selasa, 24 Disember 2024
WARIS TOK ABD.RAHMAN BIN ABU BAKAR (TOK PAKAR)
WARIS TOK HAJI AHMAD BIN HAJI MOHD AKIB (1856)

Beliau adalah Almarhum Haji Mahmud bin Haji Ahmad merupakan cucu Tok Akib,pernah memegang jawatan sebagai Imam Masjid yang ke2,setelah menggantikan Bapanya sebagai Imam pertama masjid Kampung Padang iawa(Pulau Berangan).Beliau merupakan sepupu kepada Almarhum Haji Zainuddin bin Adam.
WARIS TOK SITI HAWA BINTI HAJI MOHD AKIB (1847)
Beliau adalah Almarhum Haji.Zainuddin bin Adam,Bapanya Almarhum Adam bin Jebah dan ibunya Almarhumah Siti Hawa binti Mohd Akib.Beliau dilahirkan di kampung Pulau Berangan(Padang Jawa) pada tahun 1905. Beliau merupakan anak ke 4 dari 5 orang adik-beradik.
WARIS TOK MOHD TAHIR BIN HAJI MAHMUD (1817) DAN TOK HAJI SALLEH@PANGLIMA SALLEH BIN MASOUD
Beliau adalah Almarhumah Ramlah binti Alwi merupakan cucu Almarhum Tok Haji Salleh@Panglima Salleh bin Masoud dan Almarhum Tok Mohd Tahir bin Haji Mahmud.Dilahirkan 17hbSept.1933 di Kampung Pulau Berangan(Padang Jawa).
Bapanya Almarhum Alwi bin Haji Salleh dan ibunya pula Almarhumah Zawiyah binti Mohd Tahir,mempunyai pertalian hubungan 2 pupu.
Nama adik-beradik Almarhumah Ramlah binti Alwi,iaitu:
1. Almarhum Mohd Nor bin Alwi
2. Almarhum Sidik bin Alwi
3. Almarhum Syafie bin Alwi
4. Almarhumah Sa'adiah binti Alwi
5. Almarhumah Zainab binti Alwi
2 orang adik-beradiknya yang Sulung Dan tengah tidak tahu namanya.
Beliau adalah Almarhum Haji Abdul Rahman bin Musa telah berkahwin dengan Almarhumah Ramlah binti Alwi dan dikurniakan 9 orang anak.Almarhum dilahirkan pada 17hb.Sept1928 di Kampung Pandamar, Kelang,Selangor.Almarhum Haji Abd.Rahman bin Musa mempunyai kakak bernama Almarhumah Rodziah binti Musa,berkahwin dengan Almarhum Haji Mahmud bin Haji Ahmad(Cucu Tok Akib). Almarhum Haji Abdul.Rahman telah kembali kerahmatullah serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Berangan,Kelang(Padang Jawa),Selangor Darul Ehsan
Anak-anak Almarhumah Ramlah binti Alwi dan Almarhum Haji Abdul.Rahman bin Musa iaitu:

Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 21hb.April 2023,Oleh Anak-Anak Almarhumah dan serta Kaum Kerabatnya diperkarangan rumah Almarhumah Ramlah binti Alwi.Gambar ini diberi oleh Saudara Hamzah bin Abd.Rahman,anak Almarhumah Ramlah binti Alwi.
Inilah wajah Almarhum Mohd Nor bin Alwi(Pak Lang).Beliau merupakan anak ke 3 dari 8 orang adik-beradik dari anak,Almarhum Alwi bin Haji Salleh dengan zawiah binti Mohd Tahir.beliau adalah seorang tukang kayu Dan tukang rumah hebat pada ketika itu.Belaiu merupakan diantara anak-anak peneroka awal Kg Pulau Berangan Kelang(Padang Jawa). Pernah bekerja di Central Elektricity Board of Federation of Malaya (CEB). Bersara pada 70an meninggal dunia di Banting.
Inilah wajah Almarhum Sidek bin Alwi(Pak Uda) dilahirkan pada 4hb.Disember 1915 diKampung Pulau Berangan Kelang(Padang Jawa).Beliau kembali kerahmatullah pada 6hb.Jun 2000 Dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Kampung Padang Jawa Kelang.

Inilah Wajah Almarhum Syafie bin Alwi(Pak Teh Pie) Cucu kepada Almarhum Tok Tahir dan Tok Haji Salleh,Beliau merupakan anak ke 5 dari 8 orang adik-beradik.Beliau dilahirkan pada 21hb.Oktober 1921,di Kampung pulau berangan,Kelang(Padang jawa)dan kembali kerahmatullah pada 14hb.Ogos 2013 dikebumikan Di tanah perkuburan islam Kampung Padang jawa,kelang.pernah bertugas sebagai anggota polis(special constable).
PULAU BERANGAN KELANG
PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini uju...
-
Inilah gambar Haji Ahmad bin Mohd Akib, dilahirkan pada tahun 1856 di Batubara, sumatera,berketurunan Bugis dan telah kembali ...
-
Beliau adalah Almarhum Haji.Zainuddin bin Adam ,Bapanya Almarhum Adam bin Jebah dan ibunya Almarhumah Siti Hawa binti Mohd Akib .Belia...
-
PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini uju...


.jpg)


































