Selasa, 24 Disember 2024

WARIS TOK MOHD TAHIR BIN HAJI MAHMUD (1817) DAN TOK HAJI SALLEH@PANGLIMA SALLEH BIN MASOUD

 


 Beliau adalah Almarhumah Ramlah binti Alwi merupakan cucu Almarhum Tok Haji Salleh@Panglima Salleh bin Masoud dan Almarhum Tok Mohd Tahir bin Haji Mahmud.Dilahirkan 17hbSept.1933 di Kampung Pulau Berangan(Padang Jawa).
Allahyarhamah Ramlah binti Alwi merupakan anak bongsu dari 8 orang adik-beradik.Beliau telah kembali kerahmatullah serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam kampung Padang Jawa Kelang,Selangor Darul Ehsan.

Bapanya Almarhum Alwi bin Haji Salleh dan ibunya pula Almarhumah Zawiyah binti Mohd Tahir,mempunyai  pertalian hubungan 2 pupu.

Nama adik-beradik Almarhumah Ramlah binti Alwi,iaitu:

1. Almarhum Mohd Nor bin Alwi

2. Almarhum Sidik bin Alwi

3. Almarhum Syafie bin Alwi

4. Almarhumah Sa'adiah binti Alwi

5. Almarhumah Zainab binti Alwi

2 orang adik-beradiknya yang Sulung Dan tengah tidak tahu namanya.



Beliau adalah Almarhum Haji Abdul Rahman bin Musa telah berkahwin dengan Almarhumah  Ramlah binti Alwi dan dikurniakan 9 orang anak.Almarhum dilahirkan pada 17hb.Sept1928 di Kampung Pandamar, Kelang,Selangor.Almarhum Haji Abd.Rahman bin Musa mempunyai kakak bernama Almarhumah Rodziah binti Musa,berkahwin dengan Almarhum Haji Mahmud bin Haji Ahmad(Cucu Tok Akib). Almarhum Haji Abdul.Rahman telah kembali kerahmatullah serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Berangan,Kelang(Padang Jawa),Selangor Darul Ehsan

Anak-anak Almarhumah Ramlah binti Alwi dan Almarhum Haji Abdul.Rahman bin Musa iaitu:


     Abdullah bin Haji Abdul Rahman


 Almarhum Mohd Sani bin Haji Abdul Rahman(Telah pun meninggal dunia)


      Zaleha binti Haji Abdul Rahman


Almarhum Kamaruddin bin Haji Abdul Rahman


      Mustapa bin Haji Abdul Rahman 


    Mat Nasir bin Haji Abdul Rahman


      Hamzah bin Haji Abdul Rahman

Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 21hb.April 2023,Oleh Anak-Anak Almarhumah dan serta Kaum Kerabatnya diperkarangan rumah Almarhumah Ramlah binti Alwi.Gambar ini diberi oleh Saudara Hamzah bin Abd.Rahman,anak Almarhumah Ramlah binti Alwi.

Inilah wajah Almarhum Mohd Nor bin Alwi(Pak Lang).Beliau merupakan anak ke 3 dari 8 orang adik-beradik dari anak,Almarhum Alwi bin Haji Salleh dengan zawiah binti Mohd Tahir.beliau adalah seorang tukang kayu Dan tukang rumah hebat pada ketika itu.Belaiu merupakan  diantara anak-anak peneroka awal Kg Pulau Berangan Kelang(Padang Jawa). Pernah bekerja di Central Elektricity Board of Federation of Malaya (CEB). Bersara pada 70an meninggal dunia di Banting.

Inilah wajah Almarhum Sidek bin Alwi(Pak Uda) dilahirkan pada 4hb.Disember 1915 diKampung Pulau Berangan Kelang(Padang Jawa).Beliau kembali kerahmatullah pada 6hb.Jun 2000 Dan dikebumikan di tanah perkuburan islam Kampung Padang Jawa Kelang.

Inilah Wajah Almarhum Syafie bin Alwi(Pak Teh Pie) Cucu kepada Almarhum Tok Tahir dan Tok Haji Salleh,Beliau merupakan anak ke 5 dari 8 orang adik-beradik.Beliau dilahirkan pada 21hb.Oktober 1921,di Kampung pulau berangan,Kelang(Padang jawa)dan kembali kerahmatullah pada 14hb.Ogos 2013 dikebumikan Di tanah perkuburan islam Kampung Padang jawa,kelang.pernah bertugas sebagai anggota polis(special constable).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

PULAU BERANGAN KELANG

PULAU BERANGAN KELANG,itulah salah satu nama perkampungan yang tertua dalam daerah kelang yang tidak pernah dengdangkan.Perkampungan ini uju...